Sunday, 8 January 2012
Sunday, 1 January 2012
Thursday, 29 December 2011
Cloud Computing
Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka. Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.
Gambar rajah Cloud Computing
Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.Contoh bagi Cloud Computing yang ada dalam sistem internet ialah seperti Google Doc,Google Group, Blog, Google Book.
Kebaikan penggunaan Cloud computing ialah pengguna tidak perlu risau akan dokumen yang disimpan keran mereka boleh mengakses dokumet tersebut dimana sahaja dengansebarang komputer dan sambungan internet. Disamping itu juga,ia dapat mengurangkan pengguanaan kertas.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman yang kami sediakan link disini...
http://www.economist.com/displaystory.cfm?story_id=14637206
http://www.ebizq.net/blogs/saasweek/2008/03/distinguishing_cloud_computing/
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman yang kami sediakan link disini...
http://www.economist.com/displaystory.cfm?story_id=14637206
http://www.ebizq.net/blogs/saasweek/2008/03/distinguishing_cloud_computing/
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkomputeran_awan
Subscribe to:
Posts (Atom)