Thursday 27 October 2011

Kesan SamPah SaraP??


Sepertimana yang telah diperhatikan, jenis sampah yang sering di buang dimerata-rata tempat adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman.

Jenis sampah seperti ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan juga seterusnya menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan.

Dari apa yang diperhatikan juga, benda utama sampah-sampah yang dibuang dimerata-rata tempat adalah benda-benda plastik, terutamanya beg plastik dan botol plastik. Benda yang diperbuat daripada plastik konvensional, tidak mudah reput dan jika tidak dibersihkan ianya akan kekal untuk mencemari kawasan itu.

Walaupun masalah pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat di darat ini lebih ketara dilihat tetapi masalah pembuangan sampah-sarap ke dalam air akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan-hidupan didalam air. Sebagai contoh, satu laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP menyatakan bahawa diantara mangsa kematian dikalangan hidupan laut seperti: penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan benda plastik. Mereka juga telah menggangarkan bahawa diseluruh dunia sebanyak lebih kurang seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.

Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya process “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.

Pembuangan sampah kedalam laluan air seperti longkang dan anak sungai juga boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat oleh sampah sarap.

Manakala,kesan kepada alam sekitar salah satu daripada kesan pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat ini adalah kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan juga boleh memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa “sebab nila setitik rosak susu sebelangga”.


Sumber: Kementerian kesihatan malaysia Kesan penjagaan kebersihan 2009, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment