Sunday 11 December 2011

Fenomena Alam ( Gerhana Matahari & Bulan)

Gerhana adalah salah satu daripada fenomena alam yang berlaku secara semula jadi. Terdapat dua jenis gerhana yang berlaku di alam kita ini iaitu fenomena gerhana matahari dan juga gerhana bulan. Kedua-dua jenis gerhana ini tidak berlaku pada setiap tahun tetapi hanya berlaku pada tahun-tahun tertentu mengikut peredarannya.

Gerhana Matahari
Berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana Bulan
Berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.

Gambar rajah kedudukan Matahari dan Bulan ketika berlakunya gerhana.



Ketika kejadian Gerhana, Umat Islam adalah disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana, dan apabila berlakunya gerhana matahari, anda adalah dialarang untuk melihat fenomena tersebut secara terus dengan mata kasar kerana ia boleh menyebabkan buta.

Gerhana bulan pada kali terakhir berlaku pada tahun 2011 ialah pada tarikh 10/12/2011 yang bermula pada 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Gambar Gerhana Bulan yang berlaku pada 10/12/2011 
 

Keratan akhbar mengenai gerhana bulan 10/12/2011.

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.
Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.
Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.
Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.
“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.
“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.
“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya.

Sumber:
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


No comments:

Post a Comment