Saturday 10 December 2011

ISU ETIKA DALAM ICT


  1. Pengguna ICT wajib menjungjung tinggi Hak Atas Kekayaan Intelektual (HAKI) sebagaimana telah ditetapkan dalam undang-undang. Sebagai contoh adalah menuliskan sumber bacaan / rujukan yang digunakan untuk membuat tulisan tersebut.

  1. 2.       Tidak dibenarkan menggunakan user name / user ID orang lain dan Passwordnya tanpa pengetahuan pemilik rasminya.

  1. 3.       Tidak merosakkan sistem orang lain dengan apa cara sekalipun

  1. 4.       Jangan memberitahu kata laluan dan Username / ID Pengguna anda kepada orang lain, kerana itu sangat berbahaya.

  1. 5.       Tidak dibenarkan melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang dan norma-norma yang berlaku dimasyarakat.

  1. 6.       Bersikap sopan dan tidak mengeluarkan kalimat cacian / kata-kata kasar kepada orang lain, walaupun kita kenal atau tidakk berhadapan langsung dengan orang tersebut.

  1. 7.       Gunakan seperlunya dan hanya untuk hal-hal yang bermanfaat sahaja.

  1. 8.       Jika anda menulis mesej / message kepada orang lain, jangan sekali-kali menulis hal-hal yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kerana boleh sahaja mesej tersebut diteruskan atau di forward oleh si penerima kepada orang lain / orang yang bersangkutan. Anda tentu masih ingat dengan Kes Prita M, yang terjerat undang-undang hanya gara-gara menulis curahan hatinya melalui e-mel.




KESELAMATAN FIZIKAL
Peralatan ICT

  1. 1.       Bekalan elektrik yang stabil perlu disediakan

  1. 2.       Lighting Arrester perlu disediakan pada bangunan tinggi bagi melindungi pancaran kilat

  1. 3.       Perkakasan komputer dan rangkaian perlu dipasangkan UPS dan Surge Arrestor bagi menstabilkan bekalan elektrik disamping dapat mencegah daripada kemusnahan data/maklumat

  1. 4.       Perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang sesuai dan terkawal

  1. 5.       Tidak dibenarkan mengubah lokasi alatan ICT tanpa kebenaran JTMB

  1. 6.       Alatan ICT tidak boleh diletakkan pada tempat yang berhampiran dengan saluran paip atau dibawah alatan yang boleh menghasilkan air seperti alat penghawa dingin

  1. 7.       Alatan keselamatan perlu diselenggara secara berjadual



Ruang

  1. 1.       Ruang tidak terlalu sempit

  1. 2.       Adanya kawalan keselamatan lain seperti smoke detector

  1. 3.       Menggunakan kaedah penghawa dingin yang dipasang dari lantai bagi mengelak air penghawa dingin menitik diatas komputer atau lain-lain kaedah yang bersesuaian untuk bilik server dan bilik switch

  1. 4.       Tahap pengcahayaan yang sesuai perlu diambil kira bagi mengelakkan cahaya yang terlalu gelap mahupun terlalu terang

  1. 5.       Memastikan bilangan power socket yang mencukupi

  1. 6.       Semua kerja-kerja pendawaian perlu diperkemaskan menggunakan saluran trunking yang sesuai

  1. 7.       Memastikan alat litar pintas yang terkawal atau yang asing dipasang bagi mengelakkan kebakaran besar berlaku

  1. 8.       Memastikan bahawa jeriji dan pintu keluar keselamtan disediakan di setiap makmal komputer


KESELAMATAN PERISIAN
Bahagian Luaran

  1. 1.       Perlu menyediakan system backup yang baik bagi menjamin data pernting universiti disimpan dengan selamat

  1. 2.       Backup tape perlu disimpan dalam ruang yang selamat daripada bencana kebakaran

  1. 3.       Tape dan disket untuk perisian asal perlu disimpan ditempat yang selamat

  1. 4.       Perisian yang ada perlu dipastikan mempunyai kawalan capaian perisian yang sesuai bagi mengelakkan data daripada terpadam

  1. 5.       Setiap perisian perlu mempunyai lesen perisian yang sah dari segi undang-undang

  1. 6.       Setiap perisian perlu ada perisian backup sebagai keselamatan maklumat/data

  1. 7.       Setiap installation perisian-perisian yang menggunakan konsep client-server perlu di bawah seliaan Pusat Teknologi Maklumat

  1. 8.       Satu salinan manual dan manual konfigurasi perlu disimpan di Perpustakaan

Bahagian Dalaman

  1. 1.       Bagi mengelakkan pencerobohan data/maklumat daripada berlaku, password administrator perlu selalu kerap diubah

  1. 2.       Perisian-perisian antivirus yang terkini perlu disediakan bagi mengelakkan serangan virus komputer

  1. 3.       Pengguna tidak boleh membenarkan perngguna lain menggunakan akaunnya untuk memasuki sebarang sistem

  1. 4.       Pengguna bertanggungjawab terhadap keselamatan data/maklumat masing-masing


KESELAMATAN RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI

  1. 1.       Sebarang perisian yang boleh menceroboh keselamatan rangkaian dan komunikasi tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali melainkan mendapat kelulusan JICTU

  1. 2.       Kelulusan khas daripada JICTU adalah diperlukan bagi penyambungan rangkaian ke organisasi luar dan premis-premis yang bukan di bawah kawalan universiti

  1. 3.       Menyediakan firewall dan Intrusion Detection System (IDS) atau Intrusion Prevention System (IPS) sebagai satu kaedah keselamatan komputer dari pencerobohan dan gangguna rangkaian

  1. 4.       Menyediakan perisian antivirus yang berkesan bagi mengawal penyebaran virus komputer


KESELAMATAN DAN ETIKA PENGGUNAAN
1.       Perisian tidak boleh disalahgunakan seperti:

  1. 2.       Menggunakan kemudahan perisian universiti bagi tujuan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah

  1. 3.       Membuat salinan perisian yang berlesen kecuali mendapat kebenaran

  1. 4.       Pengguna dilarang untuk memuat turun perisian-perisian bukan untuk tujuan akademik

  1. 5.       Bagi mengelakkan daripada kecurian komputer:

  1. 6.       Peralatan-peralatan komputer tidak boleh diletakkan di kawasan laluan umum dan bilik tanpa cirri-ciri keselamatan

  1. 7.       Perlu dilekatkan pelekat "HAK MILIK UDM"

  1. 8.       Semua peralatan ICT mestilah berada dalam tahap kawalan dan keselamatan yang sempurna

  1. 9.       Semua staf adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Semua mail elektronik (emel) yang dibina atau disimpan di dalam.


No comments:

Post a Comment