Tuesday 25 October 2011

KelUasan Kawasan BerHutan Di Malaysia


Sejumlah 18.23 juta hektar atau 55.19% daripada keluasan bumi Malaysia yang berjumlah 33.03 juta hektar adalah kawasan berhutan (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia 2008). Daripada jumlah tersebut, 5.84 juta hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.32 juta hektar di Sabah dan 8.07 juta hektar lagi di Sarawak (Jadual 1). Jumlah keluasan kawasan berhutan di Malaysia juga merangkumi hutan darat seluas 14.78 juta hektar, hutan paya gambut seluas 1.27 juta hektar, hutan paya laut seluas 0.58 juta hektar dan lain-lain (hutan ladang, tanah kerajaan dan kawasan perlindungan hidupan liar) seluas 1.60 juta hektar (Jadual 2). Malaysia juga mempunyai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 15.34 juta hektar iaitu 4.74 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 3.60 juta hektar di Sabah dan 7.00 juta hektar terdapat di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, keluasan kawasan hutan perlindungan ialah 2.77 juta hektar dan kawasan hutan penghasilan pula seluas 12.57 juta hektar (Jadual 3).

Jadual 1 Keluasan kawasan berhutan di Malaysia (juta hektar)

KawasanKeluasan TanahJumlah Kawasan 
Berhutan
Peratus Kawasan 
Berhutan (%)
Semenanjung 
Malaysia
13.175.8444.34
Sabah7.414.3258.30
Sarawak12.458.0764.82
Malaysia33.0318.2355.19

Jadual 2 Taburan dan keluasan hutan jenis-jenis utama (juta hektar)

KawasanHutan 
Darat
Hutan Paya 
Gambut
Hutan Paya 
Laut
Lain-lainJumlah 
Kawasan 
Berhutan
Semenanjung 
Malaysia
4.250.210.101.285.84
Sabah3.760.120.340.194.32
Sarawak6.860.940.140.138.07
Malaysia14.781.270.581.6018.23

Jadual 3 Keluasan Hutan Simpanan Kekal (juta hektar)

KawasanHutan PerlindunganHutan PenghasilanJumlah
Semenanjung Malaysia1.183.564.74
Sabah0.593.013.60
Sarawak1.006.007.00
Malaysia2.7712.5715.34

RUJUKAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. 2008. Statistics on Comodities 2008. Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment