Tuesday 25 October 2011

Bandwidth

Apa itu BandWidth?

Dalam jaringan perkomputeran, Istilah bandwidth merujuk kepada kadar pemindahan data. Jumlahnya boleh dibawa dari satu titik yang lain dalam tempoh masa yang diberikan. Bandwidth biasa ditunjukkan dalam bit (data) sesaat (bps)

Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps – sumber dari www.netnw.net.uk/jargon.htm

Kaedah-kaedah keselamatan jalur lebar?

Keselamatan Data
Data dan rangkaian perlu dikawal daripada:
Pencapaian yg tidak sah:- kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan pengesahan (authentication) seperti kod pengenalpastian pengguna (user identification code) / password dan penyulitan (encryption)

1.Pengesahan (Authentication)
·Pengesahan pengirim sesuatu mesej.
·Ia mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber2 yg terdapat dalam komunikasi data.
·Pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan kata-laluan (password).

Kata-laluan (Password)
·Bentuk keselamatan yg sering digunakan.
·Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu utk mengesahkan identiti sebelum memasuki  sesuatu     sistem.

 Terdapat 3 kaedah utk pengesahan dengan menggunakan password:
(A)Sesuatu yg dimiliki (Something possessed)
(B) Sesuatu yg wujud (Something embodied)
(C) Sesuatu yg diketahui (Something known).

Something possessed
Sistem komputer memeriksa identiti melalui 2 cara:
– Password
– Sesuatu benda yg dipunyai utk skema pengenalpastian.
 Contoh: password (nombor pin) yg digunakan bersama-sama dengan kad ATM atau kad pintar.

Something embodied
Melibatkan pemeriksaan ke atas pengguna utk ciri2 yg unik yg terdapat pada seseorang pengguna.
Prosedur ini sesuai untuk sistem keselamatan yg ketat  dimana ancaman ke atas
sistem boleh menyebabkan akibat yg teruk kerana kosnya adalah tinggi.
Contoh: pengenalpastian suara (voice recognition), cap jari (finger print), corak
anak mata (retinal pattern), dan tandatangan digital (digital signature).

Something known
·Dalam kaedah ini, dengan bertanyakan password, sistem komputer juga akan bertanyakan soalan yang bersangkutan dengan agen (pengguna).
·Contoh: soalan seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dll.

Jenis-jenis Password 

·Kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna (User-generated password) = Pengguna mencipta password dengan sendiri.

·Kata-laluan yg dikeluarkan oleh komputer (Password Computer-generated password) = Komputer mengeluarkan password secara rambang.

·Kompromi antara kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna dan komputer (Tunable Password)

· Komputer memberi sebahagian password dan pengguna
· Menggunakannya utk mencipta password baru.



2.Penyulitan / Penyahsulitan
(Encryption / Decryption)

·Salah satu kaedah yg praktikal utk memelihara data adalah dengan
menukarkannya ke dalam bentuk rahsia di mana penerima yg sah sahaja dapat
memahaminya.

·Penyulitan (Encryption) = Pengirim menukarkan mesej asal ke bentuk rahsia dan menghantarkan ke   penerima.
·Penyahsulitan (Decryption) ~ menterbalikkan kembali proses penyulitan supaya
 mesej ditukar kedalam bentuk yang asal.

Proses Encryption / Decryption
·Pengirim menggunakan algorithma penyulitan dan kunci utk menukarkan data asal (plaintext) ke dalam bentuk data yg disulitkan (cipher text) 
·Penerima menggunakan algorithma penyahsulitan dan kunci utk menukarkan
 cipher text kembali ke data asal (plaintext).

Kaedah penyulitan dan penyahsulitan boleh dibahagikan kpd 2 kategori:
·Conventional (secret key)





No comments:

Post a Comment