Monday 24 October 2011

Sikap 'Luddites' dan 'Determinists' terhadap teknologi.

Sikap terhadap kewujudan dan perkembangan teknologi maklumat terbahagi kepada dua iaitu Luddites dan Determinists. Dua aspek ini amat berbeza diantara satu sama lain.

Luddites adalah merujuk kepada sikap individu dan masyarakat yang anti serta menolak kewujudan teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Mereka beranggapan bahawa teknologi yang wujud membawa pelbagai impak negatif dalam kehidupan mereka seharian.

Manakala...

Determinists pula merujuk kepada sikap individu dan masyarakat yang terlalu yakin dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin berkembang maju. Mereka juga percaya bahawa dengan adanya teknologi yang semakin canggih sekarang akan membawa banyak faedah kepada diri mereka.


Pelbagai faktor yang mendorong kepada wujudnya sikap sebegini terhadap teknologi dalam diri individu dan masyarakat itu sendiri,antaranya ialah:

Faktor pendorong kepada Luddites
  1. Membahayakan diri sendiri:- Mendedahkan kita dengan pelbagai maklumat yang boleh membahayakan.
  2.  Melalaikan:- Teknologi yang semakin berkembang boleh melalaikan individu itu sendiri,iaitu melalui hiburan yang tiada sempadan.
  3. Pendedahan maklumat peribadi:- Teknologi yang semakin berkembang mendatangkan risiko yang besar yakni maklumat peribadi individu terdedah kepada umum. Misalnya nombor akaun bank,fail-fail peribadi dan syarikat dan sebagainya.
  4. Jenayah:- Penjenayah sama ada diperingkat tempatan mahupun antaranagsa mudah untuk menggodam sistem maklumat dan keselamatan yang dibuat. Contohnya baru-baru ini laman sesawang kerajaan Malaysia telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan rahsia sulit kerajaan negara kita.
  5. Penularan budaya:- Melalui teknologi,masyarakat Luddites beranggapan budaya tidak sihat mudah tersebar. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai laman sesawang boleh diakses dengan mudah dan cepat. Penularan budaya daripada budaya luar akan menyebabkan budaya tempatan terhakis dan tidak mustahil akan turut memesongkan akidah individu.

Faktor pendorong kepada Determinists
  1. Mudah:- Kewujudan teknologi maklumat dapat memudahkan segala urusan. Contohnya sebelum kewujudan teknologi, anda terpaksa beratur panjang dalam masa yang agak lama untuk berurusan dengan pihak bank, tetapi sekarang teknologi memudahkan urusan anda itu dengan adanya perkhidmatan internet banking. Semua urusan dan transaksi kini boleh dilakukan dimana sahaja dan dalam masa yang singkat.
  2. Maklumat tersedia:-  Teknologi maklumat terutamanya internet menyediakan pelbagai maklumat kepada setiap penggunanya. Pengguna hanya perlu melayari laman sesawang yang dikehendaki untuk mendapatkan maklumat dengan cepat.
  3. Perhubungan:- Teknologi membantu dalam proses perhubungan. Teknologi dapat menghubungkan individu yang jauh dengan kita melalui wujudnya pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype dan lain lagi.

No comments:

Post a Comment