- Perkakasan ( hardware)
- Istilah perkakasan atau peranti ( device) merujuk kepada keseluruhan peralatan bahagian fizikal
pada sebuah komputer yang boleh disentuh dan dilihat.,contohnya : Skrin paparan,Tetikus dan Papan
kekunci.
- Perkakasan mengandungi komponen-komponen seperti berikut :
* Papan induk ( motherboard )
komponen utamadalam sesebuah komputer,antara komponen yang paling penting ialah CPU
( Central Processing Unit ) iaitu berfungsi sebagai memproses data.
contoh paparan induk ( semua dalam satu )
* Pembesar suara
* Monitor
*memori
*kad grafik
*Pencetak
*Papan pencetak
- Perisian ( software )
- Perisian komputer bermaksud arahan atau data komputer.Pada asasnya ,apa sahaja yang dapat
disimpan secara elektronik dipanggil sebagai perisian.IEEE mentakrifkan bahawa perisian merupakan
aturcara komputer ( komputer program ),data dan dokumentasi yang berkaitan
- Terdapat dua jenis utama :
- Sistem software
Perisian sistem yang terlibat dengan perjalanan sistem sesebuah mesin komputer ,contohnya
Microsof Windows
2. Application software
Perisian aplikasi yang menjalankan aktiviti pemprosesan data yang khusus.contohnya Microsoft
Words.
Jenis-jenis perisian
Perisian terbahagi kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem (pengendalian), perisian pengaturcara dan perisian penggunaan. Selain daripada itu, terdapat juga perisian lain seperti perisian masa nyata, perisian perniagaan, perisian saintifik dan kejuruteraan, perisian Bina dalaman (embedded), perisian komputer peribadi dan perisian (Artificial Intelligence). Terdapat perisian (software) yang secara percuma yang mana ianya boleh didapati secara percuma dari internet dan terdapat juga perisian yang harus dibeli kerana memiliki lessen-lesen tertentu.
Perisian Sistem (pengendalian)
· Mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
· Membantu dalam perisaian yang lain kerana ianya banyak berkaitan dengan sisitem utama.
· Perisian jenis ini biasanya berkerja di bahagian belakang tabir dan dikumpulkan sebagai perisian kecil yang membantu tugas Sistem Pengoperasian.
· Antara tugas atau fungsi yang biasa dilaksanakan oleh perisian ini adalah berhubung dengan perkakasan, membantu dalam sistem CPU serta menguruskan peroses.
Perisian Pengaturcara
Perisian ini membantu dalam menyediakan peralatan untuk memudahkan proses pembinaan perisian contohnya penyuntingan teks.
Perisian Penggunaan atau Aplikasi
Dikenali sebagai aplikasi yang membantu dalam menjalankan tugas-tugas bersifat kegunaan seperti menulis, mengarang, mengedit gambar dan sebagainya.
· Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
· Perisian Pangkalan Data (Database)
· Perisian Persembahan (Presentation Safware)
· Perisian Utiliti ( Utility)
· Perisian Anti- Varius
· Perisian Lukisan (Drawing)
· Perisian Perakaunan (Accounting)
· Perisian Multimedia
· Perisian Internet
· Perisian Tugas Khas (Special Purpose Sofware)
Perisian Nyata Masa
Perisian jenis ini banyak digunakan kini kerana ianya bersesuaian dengan kehendak masyarakat masa kini yang banyak menggunakan komputer(internet ) sebagai element utama dalam mencari maklumat kerana ianya cepat, pantas dan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Selain itu, juga berkaitan dengan keadaan yang berlaku di Dunia seperti kejadian bencana, cuaca dan perubahan arah angin, taufan dan sebagainya.
Elemen yang terdapat dalam perisian ini ialah:
1. Pengumpulan maklumat
· maklumat cuaca
· maklumat perubahan arah angin
2. Penganalisa maklumat yang berkaitan dengan mentafsirkan keadaan daripada maklumat yang diperolehi.
3. Pengawalan komponen berkaitan dengan penentuan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu daripada tafsiran yang telah dibuat.
4 Perisian Perniagaan
Perisian ini membantu dalam peroses yang berkaitan denag maklumat kewangan dan perniagaan, iaitu berkaitan dengan pembayaran gaji, invoice, inventori dan akaun diterima dan dibayar. Perisian ini juga berfungsi untuk mengolah maklumat yang dapat membantu dalam Operasi Perniagaan dan Marketing (pengurusan).
Perisian Saintifik dan Kejuruteraan
Perisian yang digunakan bagi membantu kerja-kerja pengiraan dan melibatkan data-data yang kompleks. Biasanya data yang diperlukan hendaklah betul dan mencapai tahap yang minimum.
Perisian Bina dalaman (embedded)
Perisian ini digunakan dalam kebanyakan peralatan rumah seperti aplikasi dalam Oven Gelombang Mikro dan Mesin Basuh.
Perisian Komputer Peribadi
Perisian ini banyak digunakan oleh pengguna yang mempunyai komputer peribadi sendiri, perisian tersebut terdiri daripada pemperosesan perkataan, grafik komputer, hiburan, permainan, dan pangkalan data.
Perisian Artificial Intelligence
Perisian ini dicipta adalah bertujuan untuk meniru cara manusia berfikir, mengenal objek dan situasi. Contoh aplikasi yang terdapat dalam perisian ini adalah pengenalan corak dan pembuktian teori.
No comments:
Post a Comment