Alam sekitar adalah anugerah tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan dalam kehidupan di muka bumi ini.Manusia dan sumber alam sekitar saling bergantungan diantara satu sama lain.Allah telah menciptakan alam ini adalah untuk keseimbangan dan kemakmuran kepada manusia di muka bumi ini.Bumi yang luas ini dijadikan sebagai tempat tinggal manusia ,gunung-gunung sebagai pemasak bumi,tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada setiap kehidupan.Demikian juga dengan kepelbagaian jenis haiwan dan hidupan sama ada di daratan dan lautan merupakan satu keindahan kepada alam semulajadi.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan jika tidak ada pencemaran.Di samping itu,memberikan keselesaan kepada setiap manusia.Jika pembangunan yang semakin pesat dan penjagaan alam sekitar yang kurang baik maka sedikit sebanyak ia akan dapat menjejaskan alam sekitar dan secara langsung ia akan membawa impak negetif kepada manusia.
Udara dan alam sekitar yang bersih dan segar membolehkan kita dapat menikmati keselesaan.kita akan dapat menikmati jika tidak ada gangguan persekitaraan kita.Cuaca panas dan kering yang disebabkan suhu yang meningkat dapat dielakkan jika melakukan alternatif secara awal contohnya masyarakat bekerjasama mengurangkan pembakaran secara besar-besaran dan melakukan penutupan bumi semula..Melalui persekitaraan yang segar dan nyaman juga orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas,marah dan tidak selesa.Aktiviti riadah yang dijalankan dengan keadaan alam sekitar yang bersih dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.
Seterusnya,air juga merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan.Tubuh badan kita mengendungi air lebih kurang 70 % ,sekiranya kehilangan air maka keadaan ini akan mengakibatkan kita tidak ada tenaga.Di samping itu juga air bukan sahaja penting kepada manusia malah kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air.Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi.oleh kerana itu, air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia,masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dam menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatam alam sekitar daripada seberang pencemeran.
Kehindahan alam sekitar juga akan turut menarik minat para pelancong untuk mengunjungi negera kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancong dari luar negara ataupun oarng tempatan untuk melancong.Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan melalui pertukaran wang asing.Dalam masa jangka panjang akibat kedatangan pelancong, akan dapat meningkatkan ekonomi negara.Dengan itu juga dapat memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengengguran di negara kita.Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup para penduduk.Oleh itu,penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tenggungjawab bersama.
Kesimpulannya,kesedaran itu perlulah ada untuk setiap manusia dalam memelihara alam semula jadi terutamanya pada masa kini yang banyak menimbulkan banyak pencemaran sehinggakan membawa impak yang negetif kepada alam semulajadi.Oleh itu,usaha-usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar haruslah dilakuakan oleh pelbagai pihak sama ada badan kerajaan ataupun bukan badan kerajaan ( NGO).Apa yang penting pemeliharaan alam sekitar adalah tenggungjawab bersama.
rujukan :http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar_9278.html
rujukan :http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar_9278.html
No comments:
Post a Comment