JENIS-JENIS DAN PENGELASAN HUTAN DI MALAYSIA.
JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah Negara yang berada di kawasam Iklim Khatulistiwa yang dilitupi oleh kawasan hutan yang tebal. Kebanyakan hutan-hutan di Malaysia telah dijadikan dan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negara dan Taman-taman Negeri. Terdapat juga hutan di Malaysia yang telah menjadi Kawasan Hasil kazanah dunia seperti Taman Kinabalu. Secara umumnya hutan di Malaysia merupakan hasil proses sasaran hutan dari kawasan pantai, hutan bakau sehingga ke kawasan hutan diterokap tanah pamah, hutan diterokap tanah tinggi dan hutan pergunungan.
Hutan Pantai
Hutan Pantai boleh didipati di sepanjang pantai Negeri Sabah, namun hutan ini semangkin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semangkin meningkat. Spesies yang terdapat didalam hutan ini ialah Casuarina equisetfolia.
Hutan Bakau (Mangrove Forest)
Hutan jenis bakau ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan pantai timur sabah. Spesies yang banyak terdapat dalam kawasan hutan ini ialah Rhizophora sp dan Bruguiera sp, spesies ini mula dieksport ke luar Negara sejak tahun 1986. Disebabkan banyak kegunaan daripada pokok bakau ini seperti dijadikan sebagai kayu api, tiang-tiang rumah, serta dijadikan sebagai bahan bakar pokok jenis ini mula mendapat tempat dipasaran dan dikomersilkan. Namun demikian kawasan hutan bakau ini juga penting sebagai perlindungan physically dan sebagai kawasan habitat kepada ikan dan udang.
Hutan Nipah (Nipah Forest)
Hutan jenis ini biasanya didapatai tumbuh bersama dangan hutan bakau dan tumbuh di kawasan air tawar.
Hutan Transitional (Transitional Forest)
Hutan tumbuh di kawasan yang berhampiran dengan kawasan hutan bakau, hutan nipah atau hutan paya, hutan ini jugadikenali sebagai hutan kering. Spesies uang banyak terdapat di kawasan ini ialah Nibung (Oncosperma sp), Palma, Rotan, Merbau (Intsia Palembanica)
Hutan Paya (Swamp Forest)
Hutan ini terbentuk diantara kawasan Paya Gambut dan Paya Air Tawar.Kawasan paya air tawar menerima sumber air dari kawasan jeram dan sungai, manakala paya gambut pula menerima kelembapan daripada air hujan.
Hutan Dipterokap (Dipterokap Forest)
Terminologi dipterokap diambil daripada sifat fizikal buah yang mempunyai dua helai sayap “two-winged fruit”. Hutan jenis ini banyak terdapat di kawasan hutan-hutan di Sabah, hutan ini merupakan jenis hutan hujan tropika yang terkenal dengan pokok yang mempunyai ketinggian yang paling tinggi berbanding dengan pokok dari hutan-hutan lain di seluruh dunia. Hutan ini boleh di dapati 900m di atas paras laut dan dibahagikan kepada 8 genera utama.
Hutan Riverina ( Riverina Forest)
Hutan jenis ini banyak terdapat di kawasan berhampiran dan sepanjang sungai serta mempunyai pelbagai spesies. Hutan ini penting sebagai penghalag banji, sebagai perlindungan tebing sungai dan dapat mengurangkan hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah curam.
Hutan Kerangas (Heath Forest)
Di kawasan hutan ini dilitupi dengan pokok-pokok yang berdiameter kecil, daun berkulit serta tanah hutan yang nipis dan berasid. Tanah yang nipis tersebut biasanya dilapisi dengan batu kaput. Selain itu, di kawasan ini terdapat spesies kayu balak namun demikian hanya terdapat sebahagian kecil sahaja hidupan liar.
Hutan Ultramafic
Struktur hutan ini adalah berbeza dengan hutan lain dengan pokok yang mempunyai silira dan daun yang kecil dan jenis kawasan ini pula banyak didapati di kawasan yang berbukit seperti di daerah Telupid.
Hutan Pergunungan (Montane Forest)
Hutan ini wujud di kawasan yang mempunyai ketinggian yang melebihi 900m diatas paras laut. Di Sabah, jenis hutan ini terdapat di sepanjang kawasan Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu. Spesies yang mendominasi kawasan ini pula ialah Pokok Oaks dan Chestnuts kerana spesies ini tahan dengan tiupan angin yang kencang serta keadaan cuaca yang Ekstrim.
Hutan cloud
Hutan ini wujud di kawasan yang mempunyai ketinggian yang melebihi 2200m di atas paras laut dan tumbuh di atas lapisan tanah yang nipis. Spesies ini boleh didapati di kawasan Gunung Kinabalu pada ketinggian melebihi 3300m pada paras laut. Spesies lumut dan tumbuhan Red Rhododendrons yang tumbuh pada Pokok Rhu dan Dacrydium Beccarri.
PENGELASAN HUTAN DIMALAYSIA (SABAH)
Pengelasa hutan di Malaysia terutamanya di Sabah, telah membahagikan hutan kepada tujuh kelas bagi tujuan pengurusan dan pengawalan hutan.
Kelas I- Hutan Perlindungan
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan untuk kepentingan alam sekitar. Kawasan ini tidak boleh dibalak dan jumlah keluasan kawasan ini ialah 364,766 hektar dan terdapat 50 lokasi di Sabah.
Kelas II- Hutan Komersil
Kawasan hutan ini boleh dibalak untuk membekalkan pelbagai jenis kayu keras yang berharga seperti Acacia mangium, Paraserianthes falcataria, Gmelina arborea danEucaluptus deglupta bagi kepentingan ekonomi Negara. pembalakan yang dijalankan selaras dengan perinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan seperti yang digaraiskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). Di Sabah kawasan ini meliputi 2,665,886 hektar dan terdapat 32 lokasi.
Kelas III- Hutan Domestik
Hasil hutan dari kawasan ini adalah untuk kegunaan tempatan sahajadan pengeluaran hasil hutan bagi tujuan komersil tidak digalakkan.
Kelas IV- Hutan Ameniti
Hutan di kawasan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan sebagai kawasan rekreasi.
Kelas V- Hutan Bakau
Hutan ini berfungsi untuk membekalkan kayu balak terutamanya Rhizophora sp, kayu balak digunakan sebagai tiang, kayu api, arang kayu dan bahan samak.
Kelas VI- Hutan Simpan Dara
Hutan ini ditanam bagi tujuan penyelidikan perhutanan, aktiviti pembalakan adalah dilarang sama sekali dikawasan ini salah satu contoh hutan ini ialah Hutan Simpan Dara Sepilok.
Kelas VII- Hutan Simpan Hidupan Liar
Hutan ini berfungsi sebagai perlindungan dan penyelidikan hidupan liar, Rhinoceros sumatrana merupakan salah satu hidupan liara yang terdapat di kawasan tersebut.
sumber, http://pkukmweb.ukm.my/
No comments:
Post a Comment